mutakhir

Lanjutan PKPB Lembah Klang bergantung nasihat KKM [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Tiga hari lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di ibu negara, Selangor dan Putrajaya bakal tamat, namun kerajaan masih belum memutuskan sama ada perintah itu perlu dilanjutkan atau tidak.

Sebaliknya, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan melanjutkan PKPB itu atau tidak hanya akan dibuat selepas analisis mengenai penularan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, keadaan sama terguna pakai bagi Labuan yang dijadual menamatkan PKPB pada 30 Oktober.

"Kita akan bincang dan saya percaya KKM akan buat penilaian situasi di negeri-negeri terbabit.

"Selepas penilaian dibuat, KKM akan berikan nasihat kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membuat keputusan," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan PKPB pada 14 Oktober lalu hingga 27 Oktober, manakala Labuan 17 Oktober lalu sehingga 30 Oktober ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 24, 2020 @ 5:14pm
    d