mutakhir

Elak bersesak ketika keluar duit BPN 2.0 [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat pengeluaran wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di bank.

"Saya nasihatkan agar tidak berpusu-pusu ke bank sehingga mengundang risiko penularan wabak," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan sempena Covid-19 hari ini.

Ismail Sabri berkata, anggota keselamatan akan ditempatkan di bank untuk memastikan keadaan terkawal dan semua pihak mematuhi arahan.

Kerajaan mengumumkan penyaluran BPN 2.0 bermula Isnin ini yang membabitkan 10.6 juta rakyat.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 24, 2020 @ 5:19pm
    d