mutakhir

Salah guna surat, polis boleh ambil tindakan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis boleh mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyalahgunakan surat majikan untuk kegunaan lain selain tujuan bekerja.

Menurutnya, surat kebenaran daripada majikan hanya untuk bekerja bukan untuk (keluar) bercuti pada hujung minggu.

Katanya, surat daripada majikan hanyalah untuk tujuan bekerja kepada pekerja di pejabat, kilang atau perindustrian.

"Jika individu terbabit menyalahgunakan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing untuk mendapat pelepasan ketika sekatan jalan raya, boleh dikenakan tindakan.

"Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang menyalahi undang-undang," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan terdapat segelintir individu yang didapati menggunakan surat kebenaran bekerja untuk keluar ke destinasi lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai kemudahan termasuk laluan khas disediakan kepada pekerja yang mempunyai pas pekerja dan surat majikan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Katanya, polis bersetuju mewujudkan laluan khas itu kepada pekerja termasuk kenderaan pengangkut barangan berkaitan perkilangan dan pekerja barisan hadapan.

Beliau berharap orang ramai yang mendapat kebenaran itu tidak menggunakan kemudahan disediakan selain daripada bekerja.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 26, 2020 @ 7:25pm
    d