mutakhir

Kerja sendiri: Dapatkan surat kebenaran dari polis [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Individu yang bekerja sendiri dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran terlebih dulu daripada polis bagi membenarkan mereka bergerak merentas daerah mahupun negeri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelak golongan yang tiada majikan ditahan pihak berkuasa semasa melalui sekatan jalan raya (SJR).

"Bagi mempermudahkan, saya nasihatkan supaya ke balai polis untuk dapatkan surat pelepasan merentas daerah atau negeri.

"Saya faham mereka tiada majikan (kerana) bekerja sendiri, jadi tiada siapa boleh mengesahkan dia bekerja mana-mana syarikat.

"Oleh itu, jumpa polis dapatkan surat kebenaran pergerakan. Dengan surat itu boleh melepasi SJR ini cara sesuai bagi mereka yang tiada majikan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mengulas isu mengenai seorang penjaja makanan dikenakan kompaun ketika melalui satu SJR baru-baru ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 7:08pm
    d