mutakhir

PKPB: Tiada pembelian panik

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Bayan Lepas: Tiada situasi pembelian panik berlaku susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Mukim 12 daerah Barat Daya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang Mohd Ridzuan Ab Ghafar berkata, ia menunjukkan penduduk di sini yang semakin matang dengan tidak membeli barangan secara tergesa-gesa.

Katanya, semua urusan pembelian juga berjalan seperti biasa.

"Difahamkan oleh pihak pengurusan bahawa walaupun ada barangan yang menunjukkan peningkatan pembelian seperti telur, namun semua bekalan adalah mencukupi.

"Keseluruhan tinjauan mendapati tiada pembelian panik dan orang ramai diminta mengekalkan keadaan itu," katanya yang ditemui ketika melakukan pemantauan bekalan di pasar raya di Bayan Baru, di sini.

Mengulas lanjut Mohd Ridzuan berkata, sejak semalam, KPDNHEP sudah meningkatkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di semua peringkat sekitar kawasan PKPB.

Katanya, pemeriksaan itu bertujuan bagi memantau peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan dan memastikan bekalan mencukupi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 1:36pm
    d