mutakhir

519 ingkar PKP

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seramai 519 individu dikenakan tindakan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 511 individu dikompaun, empat lagi direman manakala empat lain dijamin.

Katanya, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), tidak memakai pelitup muka (126), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (67), premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti pusat hiburan (9), dan lain-lain sebanyak 88 kes.

Menurutnya, Operasi Benteng juga berjaya melakukan tangkapan yang membabitkan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan rampasan tiga kenderaan darat.

"Sebanyak 298 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang membabitkanpolis (157 SJR), Angkatan Tentera Malaysia (132 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Negara (sembilan SJR).

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus," katanya dalam kenyataan media hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 8, 2020 @ 3:25pm
    d