mutakhir

PKPB: Perkhidmatan feri Terminal Kuala Perlis dihentikan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Syarikat Ferryline Ventures Sdn Bhd (Ferryline) menghentikan perkhidmatan feri keluar masuk dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berikutan itu, perjalanan ke Pulau Langkawi hanya beroperasi di Terminal Jeti Kuala Kedah yang membabitkan satu perjalanan pergi dan balik setiap hari.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi syarikat itu, Kapten Baharin Baharom berkata, perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah membabitkan satu perjalanan pada 10 pagi manakala Kuala Kedah ke Langkawi pula pada 5 petang.

Beliau berkata, perlaksanaan ini bermula sepanjang PKPB yang bermula hari ini hingga 6 Disember depan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang hendak berurusan ke Langkawi hanya boleh melakukannya di Terminal Kuala Kedah sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKPB dilaksana di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula hari ini sehingga 6 Disember depan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 9, 2020 @ 1:18pm
    d