mutakhir

382 tadika swasta di Negeri Sembilan berdepan gulung tikar

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Sebanyak 382 Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) swasta di Negeri Sembilan berdepan tekanan dan kemungkinan gulung tikar jika terpaksa menutup operasi dalam tempoh panjang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9), Abdul Rahman Abd Jalil berkata, ketika ini semua tadika swasta di negeri ini sedang menutup operasi bagi mematuhi arahan PKPB seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Dalam tempoh PKPB ini, semua tadika swasta merasa terkesan apabila kehilangan sumber pendapatan utama iaitu yuran bulanan kerana majoriti ibu bapa atau penjaga enggan membayar yuran pengajian bulanan penuh atas alasan proses pembelajaran sebenar tidak berlaku.

"Berikutan itu, pengurusan tadika tidak berkemampuan untuk membayar gaji guru atau kakitangan serta kos lain termasuk sewa premis dan bil utiliti.

"Sekiranya tadika terpaksa ditutup dalam tempoh panjang, kebanyakkan terpaksa gulung tikar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya amat berharap kerajaan dapat membantu dalam meringankan beban kewangan ahli TUNTASN9.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 9, 2020 @ 9:11pm
    d