mutakhir

2 mangsa tanah runtuh tidak langgar PKPB

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Dua mangsa terkorban dalam tanah runtuh di The Banjaran Hotspring Retreat, Tambun, semalam tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kedua-dua mereka yang berasal dari Kuala Lumpur baru mendaftar masuk ke resort itu sebelum kejadian berlaku pada kira-kira 1.30 pagi.

"Kita kena faham PKPB pada kali ini, untuk urusan pekerjaan dibenarkan, jadi tiada masalah dari segi itu.

"Difahamkan kedua-duanya mangsa datang ke sini atas urusan kerja," katanya ketika ditemui di Jabatan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Menurunya, mangsa lelaki, Ooi Chee Wei, 39, bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat jualan minyak dan gas, manakala wanita, Lee Tze Juin, 32, adalah ejen hartanah.

Beliau mengulas isu warganet mempersoalkan keberadaan kedua-dua mangsa di resort itu berikutan masing-masing berasal dari Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, A Asmadi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa kerana tekanan selepas terhempap dinding tembok dan tanah dan waris mangsa sudah membuat pengecaman.

"Mangsa lelaki disahkan isterinya, manakala wanita oleh adik perempuan. Bedah siasat juga selesai pagi ini dan sudah menuntut mayat untuk pengebumian," katanya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita berkaitan

Polis sahkan identiti 2 mangsa tanah runtuh

Lokasi tanah runtuh belum selamat

Resort patuhi syarat keselamatan

Hujan lebat, struktur lemah dorong tanah runtuh

Dua mangsa terperangkap tanah runtuh ditemui maut [METROTV]

2 terperangkap tanah runtuh di Tambun

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 11, 2020 @ 12:40pm
    d