mutakhir

Pulau Pinang tangguh istiadat penganugerahan darjah kebesaran

Oleh Nur Izzati Mohamad

Georgetown: Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, penangguhan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

"Istiadat yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 21 November ini akan diadakan pada 16 Januari tahun hadapan.

"Penangguhan itu dibuat bagi mematuhi PKPB yang diumumkan kerajaan sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 12, 2020 @ 2:48pm
    d