mutakhir

Pesakit Covid-19 lari dari hospital waras

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Siasatan terhadap lelaki dipercayai positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam akan dilakukan selepas dia selesai menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya akan memastikan lelaki itu pulih terlebih dahulu sebelum mengambil keterangan.

"Dia akan disiasat atas kesalahan melarikan diri ketika menerima rawatan.

"Lelaki terbabit dalam keadaan waras namun siasatan hanya boleh dilakukan selepas dia selesai menjalani rawatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL), di sini, hari ini.

Soffian berkata, pihak polis akan membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22B Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit 1998.

Menurutnya, kes terbabit akan diserah kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya selepas lelaki itu selesai menjalani rawatan.

Semalam, lelaki berusia 23 tahun berkenaan didapati melarikan diri dari hospital pada jam 3.20 petang.

Dia kemudian ditemui orang awam pada jam 9 malam tadi di Bayan Lepas sebelum diserahkan kepada HPP.

Lelaki yang berasal dari Kepala Batas itu didapati tidak memakai gelang merah jambu selepas menanggalkan dan meninggalkannya di atas katil di hospital.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 16, 2020 @ 5:32pm
    d