mutakhir

Jabatan Penjara terima PPE

Oleh BERNAMA

Putrajaya: Jabatan Penjara hari ini menerima sumbangan kelengkapan perlindungan diri (PPE) daripada Redland Group of Companies untuk kegunaan petugas institusi itu bagi menangani penularan Covid-19.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, sumbangan itu termasuk 5,000 unit sarung kepala, 1,000 unit sarung kasut, 4,000 unit apron plastik, 3,000 unit topeng muka, 1,000 pasang sarung tangan plastik dan 2,000 botol cecair pembasmi kuman.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Redland Group of Companies Datuk Ismail Hassan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar di KDN di sini, yang disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Zulkifli menyifatkan sumbangan berkenaan tepat pada masanya kerana terdapat keperluan dan permintaan bagi PPE untuk kakitangan Jabatan Penjara yang berdepan dengan potensi jangkitan Covid-19 melalui orang luar atau dalam kalangan banduan atau tahanan penjara.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 17, 2020 @ 6:55pm
    d