mutakhir

Sidang Dun Terengganu berlangsung 3 hari

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14 akan bersidang selama tiga hari bermula esok.

Yang Dipertua Dun Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata pada awalnya Khamis lalu, ia hanya ditetapkan untuk dua hari bagaimanapun ia dilanjutkan sehari lagi.

Menurutnya keputusan melanjutkan tempoh persidangan termasuk pembentangan Bajet 2021 kepada tiga hari mulai esok dilakukan susulan penamatan awal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa semalam.

"Saya ingin memaklumkan bahawa mesyuarat DUN akan dilangsungkan selama tiga hari mulai esok hingga Rabu ini.

"Pindaan itu dilakukan berikutan penamatan awal PKPB mulai semalam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya melalui kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pihak DUN tetap dengan keputusan bahawa hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua Jabatan dibenarkan hadir, tetapi semua perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 9:03pm
    d