mutakhir

Covid-19: 130 kes di Kelantan dalam dua minggu

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Kelantan mencatatkan 28 kes baharu positif Covid-19, iaitu angka tertinggi setakat ini menjadikan keseluruhan sebanyak 130 kes dalam tempoh lebih dua minggu.

Pada masa sama, satu kluster baharu dikesan di Kelantan iaitu Kluster Cengal membabitkan daerah Kota Bharu dan Machang, yang kini sudah mencecah 15 kes.

Ia menjadikan Kelantan mempunyai tiga kluster setakat ini, selain Kluster Mengketil dan Kluster Kube.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerusi Facebook rasmi mereka memaklumkan, 14 kes direkodkan di Kota Bharu, sembilan kes di Tanah Merah, lima kes di Machang dan satu di Bachok.

Katanya, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, lapan daripadanya adalah kontak rapat Kluster Mengketil.

Sementara, sembilan kes adalah kontak rapat Kluster Cengal membabitkan daerah Machang dan Kota Bharu.

"Kes lain membabitkan Kluster Kaya selain hasil saringan berisiko luar negeri iaitu Sabah dan Selangor," katanya.

Pada masa sama katanya, peningkatan kes itu menjadikan Kota Bharu kini zon merah, Machang dan Tanah Merah zon jingga dan empat daerah lain termasuk Pasir Mas dan Tumpat adalah zon kuning.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 8:23pm
    d