mutakhir

KWSP Johor Bahru ditutup sementara untuk sanitasi [METROTV]

Oleh BERNAMA

Johor Bahru: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di sini ditutup sementara mulai hari ini bagi melalui proses disinfeksi dan sanitasi.

KWSP menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, penutupan itu hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Justeru itu, ahli-ahli yang telah membuat janji temu pada hari ini dan dalam tempoh terdekat dinasihatkan menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online.

Menurut hantaran itu lagi, ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP di sekitar Johor yang masih beroperasi seperti biasa atau melakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 6, 2020 @ 4:35pm
    d