mutakhir

PKPD dilaksana di Penjara Kluang mulai esok

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang, Johor, bermula esok sehingga 31 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu susulan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan tahanan dan kakitangan penjara berkenaan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membentangkan laporan berhubung situasi semasa peningkatan kes Covid-19 di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang, Johor.

"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua kawasan itu bermula 19 Disember sehingga 31 Disember," katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu akan membabitkan 3,777 orang terdiri daripada 3,224 tahanan dan 553 kakitangan penjara.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: December 18, 2020 @ 6:21pm
    d