mutakhir

PKPD dilanjutkan di Apartmert Amber Court dan Ria [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court dan Apartment Ria, Bentong, Pahang bermula 24 Disember ini hingga 6 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di kedua-dua kawasan terbabit dan rumah kongsi Kampung Semaut, Jalan Genting, Bentong sejak 10 Disember lalu hingga esok.

Bagaimanapun, katanya, PKPD di rumah kongsi Kampung Semaut ditamatkan esok.

Menurutnya, bagi Apartment Amber Court, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 1,183 ujian saringan di mana sebanyak 381 kes positif Covid-19 direkodkan dan 85 individu masih menunggu keputusan.

"KKM juga melaksanakan 1,041 ujian saringan di Apartment Ria dan mengesahkan terdapat risiko jangkitan baharu yang dikesan di mana terdapat kontak rapat kepada kes positif yang perlu menjalani ujian saringan," katanya pada sidang media Majlis Keselamatan Negara, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, di rumah kongsi Kampung Semaut, KKM melaksanakan saringan ke atas semua penduduk dan mendapati hanya tiga orang bergejala dan ujian RTK Antigen yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 22, 2020 @ 6:36pm
    d