mutakhir

PKPD Taman Telipok Ria tamat hari ini [METROTV]

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur : Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria di Tuaran, Sabah pada hari ini seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan semalam

"Sebanyak 9,065 ujian diadakan secara kumulatif pada 22 Disember lalu .

"Hasilnya, sebanyak 806 kes direkodkan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan baki kes aktif masih terkawal dan menunjukkan trend penurunan.

"Justeru, sidang khas diadakan semalam bersetuju untuk tidak melanjutkan dan menamatkan PKPD di kawasan itu mengikut tarikh dijadualkan," katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

PKPD di Taman Telipok Ria bermula pada 10 Disember lalu membabitkan 18,000 penduduk di kawasan berkenaan dan dilanjutkan sehingga hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 5:29pm
    d