mutakhir

ADUN Dengkil pulih Covid-19, kuarantin di rumah

Oleh Samadi Ahmad

Dengkil: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas seminggu menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Menurutnya, doktor mengesahkan beliau pulih semalam dan keadaan kesihatannya susah juga stabil, namun perlu menjalani kuarantin selama empat hari di rumah.

Katanya,secara fizikal keadaan dirinya berasa sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Beliau akan kembali bertugas seperti biasa pada 8 Januari ini dengan bagi menumpukan perhatian kepada kerja yang tertangguh sepanjang menerima rawatan di PPUM.

"Sekembali bertugas nanti saya dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil bersama rakan badan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama bagi meneruskan usaha membantu penduduk dan petugas barisan hadapan yang terkesan dengan Covid-19 di kawasan ini.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas di PPUM serta semua pihak atas perkhidmatan dan doa yang diberikan sepanjang menjalani rawatan," katanya.

Pada 26 Disember lalu, Adhif yang tidak mengalami sebarang simptom disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Beliau yang ketika itu membawa pemandu peribadinya menjalani rawatan selepas mengalami demam.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 3, 2021 @ 9:49pm
    d