mutakhir

Tiada kes Covid-19 di Langkawi

Oleh Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu positif Covid-19 di Langkawi ketika ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.

"Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar dilapor positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor.

Harris sebelum itu dikatakan beberapa hari pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.

Mengulas perkara itu, Dr Mohd Fikri berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat lanjut ujian yang dijalankan Harris.

"Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan (jangkitan di Langkawi) hasil dari siasatan berkenaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 5, 2021 @ 5:23pm
    d