mutakhir

Ambulans lewat: KKM cari jalan penyelesaian [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin dan Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi aduan berhubung kelewatan ambulans membawa pesakit positif Covid-19 dari rumah ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah sewajarnya akan diambil hasil perbincangan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Setiap hari kes makin meningkat dan kini sudah mencecah empat digit. Kebimbangan kita adalah berlakunya pertambanan kes membabitkan pesakit yang tiada gejala dan gejala ringan.

"Melihat kepada kemungkinan dan isu kelewatan itu, KKM akan berbincang sama ada memastikan kes tiada gejala ditempatkan di rumah masing masing dan bagi yang berkenaan (pesakit di rumah) perlu menghubungi Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut selepas tempoh 10 hari," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 6, 2021 @ 8:39pm
    d