mutakhir

Aktiviti sosial ketika PKP tak dibenar: PM

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Aktiviti sosial membabitkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian Covid-19 ini.

"Bagaimanapun bagi Perlis dan Sarawak di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKP-P), aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata, pergerakan rentas negeri ketika PKP tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Perdana Menteri berkata susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya akan mula berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Jan.

Berita berkaitan:

  • PM umum PKP 2.0 di enam negeri
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 11, 2021 @ 6:34pm
    d