mutakhir

Datuk dah kena tahan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk, hari ini, selepas dipercayai terbabit kejadian pukul dan ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, dua suspek membabitkan lelaki bergelar Datuk berusia 42 tahun serta seorang lagi lelaki berusia 39 tahun ditahan di Mutiara Damansara, di sini, 3.40 petang tadi.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada suspek ditegur oleh seorang lelaki tidak dikenali iaitu pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana dia (suspek) bercakap dengan nada suara yang tinggi.

"Permohonan reman akan dibuat untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek bagi mengenal pasti latar belakang selain aktiviti mereka sama ada terbabit dalam kongsi gelap dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Portal Harian Metro, hari ini, melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai bergelar Datuk selepas disyaki memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/503/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Berita berkaitan

Polis cari 'Datuk' pukul lelaki di restoran

RAKAMAN video berdurasi 29 saat menunjukkan lelaki dipercayai bergelar Datuk memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 4:20pm
d