mutakhir

Hebahan mengelirukan aktiviti berjoging, polis akui kesilapan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Satu video hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkenaan aktiviti joging di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, terdapat kesilapan dalam hebahan itu yang menyatakan aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan bukan di kawasan terbuka.

Menurutnya, hebahan yang mengelirukan ini amat dikesali dan ia akan dibuat semula seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan kejiranan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh MKN yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 9:04pm
    d