mutakhir

Institusi pendidikan KPM di Kelantan, Sibu ikut operasi PKP

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kelantan dan

Sibu, Sarawak diminta mengikut ketetapan yang dibuat bagi pengoperasian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia susulan pelaksanaan PKP berkuat kuasa esok di negeri itu dan Sibu.

"Oleh itu, semua institusi pendidikan bawah KPM di Kelantan dan Sibu hendaklah mengikut ketetapan yang dibuat bagi pengoperasian institusi pendidikan di kawasan PKP seperti kenyataan media KPM, Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bertarikh 11 Januari lalu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 9:44pm
    d