mutakhir

PERMAI: Kerajaan salur RM200 juta bantu mangsa banjir [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga menyalurkan RM50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi perbelanjaan operasi bencana.

"Saya mengarahkan agensi kerajaan berkaitan untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu, baru-baru ini.

"Di kesempatan ini, patik amat menjunjung kasih atas keprihatinan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana turut mencemar duli dalam meredah banjir serta terbabit misi bantuan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara termasuk kampung sekitar Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.

Muhyiddin turut merakam penghargaan kepada semua pihak termasuk korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang membantu menangani wabak Covid-19 serta bencana banjir.

"Buat seluruh rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memahami dan menyokong usaha kerajaan.

"Saya berharap saudara saudari dapat terus kekal tenang di rumah dan jika ada yang perlu hadir bertugas di pejabat, patuhilah SOP (prosedur operasi standard) agar kekal selamat," katanya.

Berita berkaitan:

  • Intipati bantuan PERMAI
  • PM umum PERMAI bernilai RM15 bilion
  • Pelepasan cukai peralatan teknologi dilanjutkan
  • Semua majikan layak mohon subsidi upah
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang dilanjutkan
  • Dana tambahan perangi Covid-19
  • Diskaun khas bil elektrik 10 peratus
  • Caruman penuh untuk penghantar barangan, makanan
  • Bayaran RM1,000 GKP Permai kepada PKS di kawasan PKP
  • PM jamin kelangsungan hidup rakyat susulan PKP
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 18, 2021 @ 6:46pm
    d