mutakhir

KWSP cawangan Lahad Datu ditutup sementara

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunter cawangan Lahad Datu mulai esok sehingga diberitahu kelak selepas beberapa pekerjanya didapati positif Covid-19.

"Kes yang dikenal pasti itu kini dalam rawatan manakala pengesanan kontak kini giat dijalankan," kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Penutupan premis berkenaan adalah bagi melaksanakan kerja pembasmian kuman dan sanitasi.

KWSP berkata, ahli dinasihatkan untuk berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan ke premis ke satu tarikh lain melalui kemudahan Janji Temu Online jika terdapat keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP secara bersemuka.

Menurut kenyataan itu, ahli yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 19, 2021 @ 7:54pm
    d