mutakhir

Tunjuk surat kebenaran sebelum naik feri

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Perkhidmatan feri Langkawi - Kuala Kedah hanya membenarkan penumpang yang mempunyai surat kebenaran polis untuk menaiki pengangkutan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, perkhidmatan feri masih diteruskan, namun semua penumpang perlu ada surat kebenaran merentas daerah untuk menaikinya.

Katanya. sebelum ini hanya penumpang dari luar Kedah sahaja yang diwajibkan mengemukakan surat kebenaran itu.

"Sekiranya tiada (surat kebenaran polis), kita tak benarkan menaiki feri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, jadual perjalanan feri kekal seperti tempoh PKP Bersyarat dengan satu 'trip' pergi dan balik pada setiap hari, manakala jumlah penumpang dijangka berkurangan hingga 40 ke 60 orang sahaja berbanding kapasiti asal feri iaitu 650 orang.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: January 20, 2021 @ 8:39am
    d