mutakhir

Jalan 5/46 Gasing Indah dibuka berjadual - Nik Ezanee

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Jalan 5/46 Gasing Indah di sini, akan dibuka secara berjadual, bersyarat dan terhad bagi sesi persekolahan yang bermula, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kelepasan terhad pada Isnin hingga Jumaat antara 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

"Kelepasan itu dibenarkan kepada penjaga (hanya dibenarkan seorang) bersama pelajar menaiki kenderaan persendirian, guru yang mempunyai pas, kakitangan sekolah bertugas dan bas serta van sekolah membawa pelajar.

"Pastikan surat kebenaran daripada pihak sekolah dibawa bersama," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Nik Ezanee berkata, pegawai dan anggota polis bertugas akan memeriksa pergerakan setiap kenderaan melalui kawasan itu.

Beliau memberi amaran keras kepada orang ramai yang tidak layak supaya tidak mengambil kesempatan melepasi laluan itu dan jika ingkar tindakan undang-undang akan diambil mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis menutup Jalan 5/46 Gasing Indah yang bersempadan dengan Jalan Pantai, Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 22, 2021 @ 12:03am
    d