mutakhir

Covid-19: 16 Tahanan lokap Balai Polis Mantin positif

Oleh BERNAMA

Seremban: Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin, Nilai disahkan positif Covid-19 semalam, selepas menjalani saringan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mereka adalah kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

"Mereka akan dipindahkan Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, 31 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat tahanan berkenaan juga disaring dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Katanya, balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai juga telah disanitasi dan beroperasi seperti biasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    href="https://www.hmetro.com.my/perintahkawalanpergerakan">Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Disiarkan pada: January 28, 2021 @ 10:04am
    d