mutakhir

Teliti permohonan peniaga beroperasi ketika PKP [METROTV]

Oleh Yusmizal Dollah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Permohonan membuka lebih banyak sektor ekonomi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan diteliti berdasarkan penilaian risiko penularan wabak oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima banyak permohonan daripada operator serta pemilik premis perniagaan untuk beroperasi ketika PKP.

Katanya, semua permohonan berkenaan akan diteliti pihaknya, KKM dan agensi lain berkaitan sebelum sebarang kelulusan diberikan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Ramai yang memohon termasuk kedai cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun, justeru kita tidak akan tolak begitu saja.

"Semua permohonan itu akan diteliti dengan mendapatkan pandangan KKM dari segi penilaian risiko dan ia akan diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa teknikal," katanya pada sidang media mengenai PKP, hari ini.

Menurutnya, sektor berkenaan akan beroperasi apabila jawatankuasa berpandangan sesuai untuk ia beroperasi ketika tempoh ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 2, 2021 @ 4:43pm
    d