mutakhir

MAIK benar solat Jumaat 30 peratus kapasiti masjid

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu di negeri ini dengan bilangan jemaah 30 peratus daripada kapasiti masjid bermula 12 Januari ini.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kuliah agama termasuk kelas al-Quran juga dibenarakan mengikut kapasiti sama.

Katanya, perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 10, 2021 @ 6:57pm
    d