mutakhir

Didakwa langgar SOP PKP, Annuar akan dipanggil beri keterangan

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, Annuar akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

"Kenyataannya (Annuar) akan dirakam susulan laporan yang dibuat di Cheras hari ini," katanya kepada Bernama.

Semalam, tular gambar di media sosial menunjukkan Annuar makan bersama beberapa individu lain yang duduk di meja sama dalam program pertanian bandar di Cheras, di sini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: February 14, 2021 @ 10:28pm
    d