mutakhir

318 warga PDRM Johor positif Covid-19

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Seramai 622 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor dan keluarga dikuarantin berikutan positif Covid-19 selain kontak rapat pesakit.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah keseluruhan yang positif ialah 318 pegawai, anggota, kakitangan awam dan ahli keluarga.

Baki 304 dikuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat dan ia membabitkan pegawai, anggota, kakitangan awam selain ahli keluarga.

"Saya hanya boleh sahkan memang ada Kluster Jalan Tebrau, ia membabitkan pusat pentadbiran awam di Bukit Senyum, Jalan Tebrau. Jumlahnya ialah 39 individu.

"Kes ini mula dikesan membabitkan seorang individu yang bergejala pada 7 Februari lalu. Pada 10 Februari, ujian saringan Covid-19 yang dijalankan mengesahkan dia positif.

"Daripada situ, kita dapat pengesahan kontak rapat membabitkan 38 individu, memang Kluster Pejabat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.

Pecahan individu yang positif Covid-19 ialah 26 pegawai, anggota (158), kakitangan awam (23) dan 111 dalam kalangan ahli keluarga.

Bagi individu dikuarantin kerana dikenal pasti sebagai kontak rapat, ia membabitkan 56 pegawai, anggota (152), kakitangan awam (47) dan 49 membabitkan ahli keluarga.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 17, 2021 @ 6:07pm
    d