mutakhir

13 kluster baharu dikesan hari ini

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 13 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 di Malaysia 1,095 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kluster baharu itu, 11 adalah kluster tempat kerja manakala bakinya komuniti.

Menurutnya, empat kluster di Johor membabitkan Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Jalan Wawasan 16, Jalan Cyber Sembilan dan Jalan Tebrau Pandan.

"Kluster Jalan Damai, Jalan Serendah dan Subang Tiga pula direkodkan di Selangor manakala Jalan Setiawangsa serta Jalan Bayam pula di Kuala Lumpur.

"Kluster Tapak Bina Jalan Ekar di Negeri Sembilan, Kluster Jalan PKNK 3/3 di Kedah, Kluster Taman Mawar di Sabah dan Jalan Muhibbah di Sarawak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 509 kluster masih aktif dengan pertambahan kes bagi 90 kluster sedia ada.

Katanya, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan sebanyak 131 kes, Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 23, 2021 @ 6:54pm
    d