mutakhir

Negeri Sembilan paling tinggi kes baharu hari ini

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 meningkat dengan 3,545 kes direkodkan setakat 12 tengah hari ini menyaksikan Negeri Sembilan merekodkan kes tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 291,774 kes.

Menurutnya, sebanyak 3,331 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 260,009 kes.

"Sebanyak 12 kematian lagi direkodkan hari ini dengan 11 kematian membabitkan warganegara.

"Jumlah kes aktif sebanyak 30,677 kes dengan 189 kes masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Negeri Sembilan merekodkan jumlah kes positif baharu tertinggi hari ini dengan 1,392 kes manakala Selangor 581 kes.

Perlis pula kekal dengan tiada pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 207 kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 24, 2021 @ 6:47pm
    d