mutakhir

Belum terima laporan berita palsu vaksin Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan polis berhubung penyebaran berita palsu mengenai vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kertas siasatan akan dibuka sekiranya menerima laporan polis berhubung isu berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeliru atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa dan fasa pertama bermula semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam prosedur yang bermula jam 2.43 petang.

Turut sama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Prosedur berkenaan dilakukan di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya Presint 11, Putrajaya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 25, 2021 @ 10:17am
    d