mutakhir

Tidak perlu surat polis hantar anak ke asrama [METROTV]

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Ibu bapa yang ingin merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah atau asrama bagi sesi persekolahan bermula 1 Mac ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan ia juga sudah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah seluruh negara.

"Saya percaya tiada isu di sekatan jalan raya apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke asrama atau sekolah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: February 25, 2021 @ 5:30pm
    d