mutakhir

Berhati-hati sebelum beri kebenaran beraktiviti seperti biasa [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Ada banyak perkara yang dipertimbangkan kerajaan sebelum membenarkan sesuatu aktiviti beroperasi dalam kawasan diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan berhati-hati sebelum membuat keputusan demi memastikan keselamatan rakyat terjamin, berikutan jumlah kes Covid-19 masih empat digit.

"Kerajaan amat memahami pemasalahan yang dihadapi rakyat sejak pandemik itu melanda, yang mana memberi impak besar dari segi ekonomi dan kehidupan harian mereka.

"Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju mengenai beberapa keputusan dibuat kerajaan tetapi kita mengambil kira beberapa perkara penting, terutama untuk kelangsungan hidup rakyat.

"Kerana sebahagian besar daripada mereka ini terdiri daripada golongan yang tiada pendapatan tetap dan golongan berpendapatan rendah," katanya pada sidang media mengenai PKP hari ini.

Justeru, Ismail Sabri berkata, masih terdapat banyak lagi perkara yang memerlukan penelitian terperinci sebelum aktiviti lain dibenarkan dibuka.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: February 25, 2021 @ 7:29pm
    d