mutakhir

Suntikan vaksin Covid-19 tidak batalkan puasa

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Orang ramai diminta tidak gusar atau bimbang untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepanjang Ramadan, kerana ia tidak membatalkan puasa.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia tidak membabitkan rongga terbuka.

Malah katanya, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.

"Saya akui mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan. Namun saya ingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa seseorang.

"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua individu berkenaan terdiri daripada pasukan barisan hadapan.

Katanya, sehingga kini proses suntikan masih membabitkan pasukan barisan hadapan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2021 @ 3:01pm
    d