mutakhir

Pesakit Covid-19 cabul jururawat didakwa esok

Oleh Nur Izzati Mohamad

Kepala Batas: Pesakit lelaki yang dipercayai mencabul seorang jururawat wanita di wad Covid-19 di sebuah hospital di sini, baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pesakit berusia 55 tahun itu ditahan pada Isnin lalu selepas kejadian dimaklumkan kepada pihaknya.

"Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.30 pagi, Isnin lalu ketika jururawat wanita berusia 24 tahun melakukan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit itu.

"Selepas mangsa selesai, jarinya dipegang dan diusap oleh pesakit yang turut mengeluarkan perkataan jelik.

"Mangsa menarik kuat tangannya untuk dilepaskan dan melaporkan kejadian kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 18, 2021 @ 6:07pm
    d