mutakhir

Penganjuran bazar Ramadan, Selangor perhalusi SOP MKN

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Kerajaan Selangor masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengendalian bazar Ramadan di negeri ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pengurusan) Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, pengumuman mengenai SOP berkenaan akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam tempoh terdekat.

"Buat masa ini, kita follow (ikut) SOP bagi pengendalian bazar Ramadan mengikut seperti yang disarankan di peringkat Persekutuan.

"Namun, untuk SOP di peringkat kita (Kerajaan Selangor), ia mungkin berubah-ubah mengikut keadaan sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh kawal atau tidak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Aspresiasi dan Sanjungan Budi 2020, di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua MDSB Azman Dahlan.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala SOP daripada MKN akan diperhalusi dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Sebenarnya, SOP (pengendalian bazar Ramadan di Selangor) pada masa ini dilaksanakan seperti pengendalian pasar malam.

"Namun, sebarang perubahan akan dimaklumkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 5:50pm
    d