mutakhir

Bantu gelandangan daftar vaksin Covid-19 [METROTV]

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Pertubuhan sukarelawan BN Youth Negeri Sembilan (BNYN) mengambil inisiatif menganjurkan program pendaftaran vaksinasi aplikasi MySejahtera untuk gelandangan di daerah ini, sebagai langkah menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Penyelaras BNYN, Fikri Firdaus berkata, inisiatif itu bagi membantu kerajaan memastikan setiap gelandangan di negeri ini berdaftar sebagai penerima vaksin.

Katanya, program itu dilakukan dengan kerjasama Umno Seremban dan kumpulan penuntut bidang komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang serta pusat gelandangan, Dapur Kausar.

"Program ini tercetus atas kebimbangan gelandangan yang tidak mempunyai penempatan tetap sering terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19.

"Kami berharap dapat membantu membolehkan setiap gelandangan berdaftar sebagai penerima vaksin.

"Selain itu menyantuni mereka kerana golongan ini mempunyai pelbagai latar belakang termasuk disisih ahli keluarga," katanya ketika ditemui di tapak program di Pusat Gelandangan Dapur Kausar di sini, tadi.

Hadir sama, Ketua Umno Seremban, Mustafa Salim, Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussain dan Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 30, 2021 @ 8:20pm
    d