mutakhir

PKP 3.0 mengehadkan pergerakan orang ramai [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Hanya 80 peratus pekerja kerajaan dan 40 peratus pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 750,000 pekerja kerajaan dan 6.1 juta pekerja sektor swasta.

"Seramai tujuh hingga lapan juta pekerja tidak lagi perlu keluar bekerja dan keadaan itu akan memudahkan pemantuan dijalankan," katanya ketika sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang PKP 3.0 ini juga hanya dibenarkan bermula pada 8 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.

"Selain itu, sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dulu.

"Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada 8 malam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 22, 2021 @ 6:04pm
    d