mutakhir

Surat kebenaran beroperasi agensi bawah KeTSA sah hingga 28 Jun

Oleh BERNAMA

Putrajaya: Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini bagi sektor-sektor di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021, demikian menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, surat kebenaran beroperasi itu sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan pelanjutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula 15 Jun hingga 28 Jun.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03-88861665 dan 019-669 6842 atau e-mel kepada aduanketsa@ketsa.gov.my.

Disiarkan pada: June 14, 2021 @ 1:20pm
d