mutakhir

Kilang langgar SOP bakal kena tindakan tegas

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan banyak aduan membabitkan sektor perkilangan yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran untuk menjalankan operasi membabitkan perkhidmatan bukan perlu.

"Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju bahawa tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang termasuk melakukan serbuan diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri.

"Kementerian terbabit akan menyelaraskan operasi dengan semua agensi penguatkuasaan di seluruh negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kilang dikesan melanggar SOP dengan beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja.

Malah, katanya, ada antara mereka yang memakai gelang kuarantin tetap diarahkan datang bekerja.

Justeru, beliau berkata, kilang yang dikenal pasti melanggar SOP akan dikenakan kompaun termasuk arahan menutup premis serta-merta.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 21, 2021 @ 7:40pm
    d