mutakhir

Padah daki bukit...

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Polis akan mengambil tindakan ke atas seorang lelaki kerana melakukan aktiviti mendaki laluan Rawang Bypass, di sini, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Gombak,Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, merujuk kepada kejadian itu sehingga tular di media sosial, polis mengesahkan bahawa aktiviti mendaki yang dilakukan oleh mangsa adalah tidak dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0 sebagaimana arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, tindakan melakukan aktiviti mendaki itu adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 17 PU(A) 243/2021 Peraturan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 2) 2021.

"Untuk makluman juga, semakan sehingga kini dapati tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam seorang lelaki melakukan aktiviti mendaki di kawasan terbabit terpaksa diselamatkan bomba selepas pengsan ketika melakukan aktiviti itu.

Kejadian itu kemudian tular di media sosial sehingga mendapat kecaman orang ramai.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 21, 2021 @ 10:25pm
    d