mutakhir

Pemuda Pas mohon kerajaan benar operasi kedai makan dilanjutkan 10 malam

Oleh Hidayatidayu

Kota Bharu: Dewan Pemuda Pas memohon kerajaan membenarkan operasi kedai makan dilanjutkan sehingga 10 malam bagi pesanan e-hailing.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya berharap pengoperasian kedai makan dibenarkan dari 6 pagi hingga 10 malam.

"Dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, rakyat mengalami kesukaran untuk membeli makanan kerana masa operasi bermula 8 pagi hingga 8 malam itu amat menyukarkan rakyat, khususnya yang bekerja ketika tempoh ini untuk membeli sarapan dan makan malam.

"Perniagaan kedai makan dan penjaja kecil berkaitan makanan juga terjejas akibat pelaksanaan had waktu ini.

"Pemuda Pas percaya sudah sampai masanya kedai makan dibenarkan beroperasi untuk pesanan e-hailing dari 6 pagi hingga 10 malam," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lanjutan tempoh operasi itu sekali gus dapat membantu menyelesaikan isu kekurangan pendapatan pengusaha kedai makan dan penjaja serta masalah kesukaran membeli makanan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 24, 2021 @ 8:59am
    d