mutakhir

Op Patuh: 34 kompaun dikeluarkan di Perlis

Oleh Aizat Sharif

Kangar: Sebanyak 34 kompaun dikeluarkan kepada individu di Perlis dalam Op Patuh, semalam, kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, Op Patuh yang dijalankan sebenarnya sudah pun dimulakan pada 25 Jun lalu, namun ia diadakan secara besar-besaran pada semalam.

"Seramai 446 orang keanggotaan yang terbabit dalam Op Patuh ini membabitkan polis dan agensi lain seperti sukarelawan polis, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs).

"Selain itu, kita juga melakukan pemeriksaan terhadap 231 premis membabitkan 63 kilang, 81 pasar raya dan 87 restoran seluruh Perlis," katanya pada hari ini.

Katanya, walaupun Perlis sudah mulai melonggarkan SOP seperti dibolehkan bersolat di masjid, namun Op Patuh akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP ini terus dijalankan oleh semua masyarakat bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 di negeri berkenaan dapat dikurangkan.

Semalam, polis termasuk agensi serta anggota keselamatan menjalankan Op Patuh besar-besaran di seluruh negara termasuk Perlis bagi memastikan pematuhan SOP.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: July 3, 2021 @ 8:45am
    d