mutakhir

Trafik di lebuh raya masih lancar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama negara masih lagi lancar dan terkawal.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam perkongsian di Twitter memaklumkan, pemantauan di Plaza Tol Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang sehingga 7 pagi hari ini, menunjukkan aliran trafik lancar termasuk di laluan mendaki Genting Sempah di Pahang.

"Selain itu, trafik di sekitar Plaza Tol Sungai Besi, Serdang, Selangor; Plaza Tol Skudai dan Plaza Tol Kempas, Johor juga masih terkawal.

"Malah aliran trafik di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang termasuk Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) juga lancar," kata LLM.

Situasi sama berlaku di Plaza Tol Karak, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu.

"Bagaimanapun, aliran trafik perlahan sejauh tiga kilometer dari Taiping Utara ke Bukit Merah, Perak berikutan penutupan lorong kanan di Kilometer (KM) 198.7 arah utara bagi kerja pengalihan kemalangan treler," katanya.

LLM menjangkakan empat juta kenderaan sehari di lebuh raya utama negara susulan pengumuman kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: October 16, 2021 @ 9:23am
    d